Thursday, June 9, 2011

Bagilah seikhlas hati....

Teko Kotak Terkecil ..

Ini yang paling istimewa dari rakan penjual online ini. Asalnya berhajat untuk membeli tureen besar darinya. Kemudian dia bercerita tentang barang istimewa yang telah dijumpai ...
sikenit teko kotak ini. Puas membayang betapa kecik kenitnya ia...
lebih kecil dari cawan Mulut Lebar katanya.
Akhirnya mengalah juga... dah xterbayang rupanya. Tup-tup rakan ini meng'offer' dan MMS dihantar. Senyum tetapi cuak juga...berapa agaknya hantaran untuk sicomel ini.

PK : Kalau nak .. ambiklah. Susah nak dapat ni.
R : Berapa harganya? Mana tau saya mampu...
PK : Ikut sukalah... kira sedekah ke saya ajelah. Kalau nak bagi lebih pun tak pe, bagi sikit pun tak pe.
R : La ...tak leh le macam tu. Kena bagitau le harga, senang saya nak bayor...
PK : Tak pelah .. bagi je lah berapa nak bagi. Kira Rezeki saya...


Wa... lama gak berfikir. Kalau teko bulat kenit pun harganya sudah seperti yang diketahui inikan pulak si kenit kotak ni. Akhirnya, sejumlah wang dimasukkan. Harap memadai dengan kesusahan mencari teko sebegini. Terima kasih... sikecik ini jauh istimewa dari tureen besar itu.


Bila diingat .. yang manisnya ada lagi
orang yang tidak mahu menetap
harga ketika permainan harga
hebat kala ini.
Ada lagi yang mahu berkata
banyak atau sedikit diberi
itulah rezeki saya.
Terima kasih ...
Anda amat dikagumi ...

2 comments:

  1. Semoga sentiasa dipermudahkan urusan pak lang di dunia dan akhirat...Terima kasih.

    ReplyDelete