Monday, July 25, 2011

Operasi membersih ..

Operasi di office suami. Mereka mengadakan gotong-royong membuat pembersihan besar-besaran. Banyak yang dibuang atau dibuat hapus kira. Nasib memang baik kerana selama Rina membeli secara online, barang mesti dihantar ke office en. suami. Lebih mudah untuk tujuan serahan~ tak payah adik posto tu panjat tangga sampai tingkat 4 kalau guna alamat Rina. Sangat bertimbang rasakan...hehe
Maka ini adalah barang yang diarahkan oleh Pn. Bos en suami kepada staffnya untuk diketepikan, dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak. Pernah sekali kotak yang dihantar LC diminta bukak oleh Pn Boss sebab dia teringin nak tengok. Itu yang dia suda tau tu... Syukurrr..
Mari tengok, barang-barang yang nyaris dibuang ini..

Semua yang telah diasingkan .. ada sesat alas cawan dumex juga.

Cantik pinggan ni... takkan satu je? Amboiii ...jawab en suami. hehe

Pinggan dodol biru tebal ni ada 3 ketul... syukur

Alas cawan.. banyak juga tapi cawan satu pun tak de

Piring 5 roses dan twin roses...

~semua ini adalah antara pinggan mangkuk
yang diguna bagi tujuan jamuan
sekitar tahun 1970an dulu. Dengar khabarnya,
kuih dan hidangan pun dibawa
secara sukarela jika ada
apa-apa jamuan dan lawatan
untuk tetamu. Sebab itu macam2
piring ada..

Friday, July 8, 2011

Kekwa Idaman ..

Kekwa Hitam ..
Antara yang memikat hati tapi punyalah susah nak dapat. Cawan hanya ada 2 pasang tu pun dah berkurun dalam simpanan. Tapi yang paling best bila Wan dr Lemari Cantique dapat
carikan teko bulatnya.
Pernah bertanya tentang teko bentuk cinderella di mudah.my malangnya dah dibeli orang. Nasib la badan... Sekeping pinggan kuih adalah pemberian kakak yang baik hati ..
kak Rusni Mustapha. Alahai sis ..segan Rina dengan akak ni, banyak sangat yang sudah diberi pada Rina. TQ kak... bila la agaknya akak nak mengaum ke sini?
Kalau boleh nak ditambah tapi dah tak tau nak raba kat mana..

Teko bulat dari wan aka LC .. TQ

Ni la 2 pasang yang ada..

Cawan yang dah lama dibeli..

Masih memasang angan2 nak menambah
tapi tau .. bukan senang.
Agak-agak kalau ada yang punya
lebihan meh la bagitau rina ye...

Saturday, July 2, 2011

Set kecil .. menghidang teh

ni set yang mula-mula dapat dari seorang rakan blogger. Masa ni semua benda Rina suka sebab darah muda. Haha... Bila tanya ngapa suka pada yang begin? Senang aje jawapannya .... Suka pada saiz comelnya, suka pada sakuranya dan suka juga pada siteko kecik itu.
Teringin nak ada banyak set seperti ini. Banyak betul keinginan sekarang ini..

Cawannya hanya 4 tetapi tetap berseri ..

Ohhh my sakura ...