Wednesday, June 30, 2010

Dah sampai .. macam-macam ada.

Malam semalam Rina menanti, pagi lagi (dalam jam 10) dah dapat call dr adik penghantaran KTM Waa..sangat suka hati, sangat senang hati walau tak tengok lagi rupa barangnya. Selamat ke tidak?
En. suami yang terima tapi tak nak cakap apa, berapa kotak pun dia tak mau cakap. Suruh tengok sendiri kononnya. Esok tunggu lagi .. of course KTM juga pilihan Rina..
Tergolek-golek kepenatan .. semua yang ada dalam kotak dari Ipoh.

Teko-teko ada yang tak sempurna.. dah namanya pun beli secara pukal. Cik Puan Naga tu topinya cacat. Tu yang tak boleh nak tayang diri tu..


Tuesday, June 29, 2010

Ohh.. bila nak sampai keretapi dari Ipoh...

Tak pernah lagi Rina tunggu parcel antik guna perkhidmatan KTM
(kalau kiriman parcel biasa dan barang-barang ada le coz murah dan cepat..
hantar ari ni, esok dah sampai ~my mil orang Parit Buntar tu yang senang pos brg pakai KTM)
Agaknya adik Halim ni pun tak pernah buat maklum le ..selalunya kalau barang antik ni pakai khidmat kurier atau Pos Malaysia tapi yang pasti, esok Rina dengan riangnya akan menunggu panggilan dari KTM..
Harapnya, parcel dari Ipoh ni akan selamat tiba..

Monday, June 28, 2010

Si 'Fern Leaf' yang manis..

Dah lama Rina dok pi jalan-jalan ke blog orang lama antik ni .. sapa lagi kalau bukan Cik Mat Gebu dan Yatt. Set Pakis Cik Mat memang mengancam.. lengkap ada cawan dan mangkuk lagi. Kalau nak cuci mata, jom ke sini
Bila ke blog Yatt pulak, pergh.. macam-macam pakis ada. Mana le nak tenteram jiwa Rina bila menatapnya. Yatt dapat kumpul pakis berwarna dan jangan lupa ada tureen lagi ..
mari cuci mata lagi
Selalu juga berangan nak ada set macam ni tapi tak juga timbul-timbul.. cuma dapat beli satu teko bulat. Kira-kiranya macam dah putus harap le.. tapi
Baru-baru ni jumpa budak kecik dua beradik kat apekss ( si sugar pot ngan creamer) tapi tak de saudara mara lain.Segak sungguh si sugar pot ni .. kalau ada banyak memang semua Rina angkut.

Si creamer pun melentik gak tangkainya..
Si pinggan kuih tu jumpa kat kedai lain tapi tu je saiz yang ada.Mami cun ni jumpa pun secara tak sengaja, memang dah rezeki Rina agaknya..
Malangnya hingga kini, si anak tak datang-datang cari maminya..
serupa bagai anak tak mengenang budi pulak .. hehe

psst .. Rina selalu pujuk diri sendiri dengan ayat ni "tak pe lah, nasib baik ada seketul dua dari tak de langsung" ~ dalam hati tengah meraung-raung ni.. :(

Wednesday, June 23, 2010

Anak beranak Jacob's ..

Cukup berkenan dengan teko kecil ni. Rasanya tak le lama mana usianya
tetapi tetap seronok nak menyimpannya. Mula-mula Rina hanya ada tekonya sahaja tapi masa berbual dengan sorang rakan ni, dia beritahu yang dia ada extra cawannya.
Wah.. teruja betul coz tak pernah ada cawannya tapi pernah ternampak di blog Tasha dulu..Cawan ni datang dari Brunei tapi tekonya dapat dari kedai runcit je..
Dalam gambar ni memang ada 3 teko tapi la ni tinggal 2 je.. satu dah berhijrah ke rumah lain.
Cawannya sama besar je dengan teko..

Mangkuk sakura bunga merah tu bukan jenis lama .. saja menyelit.

Berderet-deret sebelum berpisah ..



Monday, June 21, 2010

Rezeki di kedai hardware..

Hari Ahad lepas, bermula misi Rina n En. Abang ke kedai hardware. Nak cari cat minyak n peralatan mengecat ..maklum le dah bulan Rejab ni .. konon tahun ni nak buat semuanya awal.
~Rumah warisan Rina ni dah umurnya 32 tahun, sebahagian besarnya diperbuat dari kayu tu yang guna cat minyak untuk dinding.. rumah kampungkan..~

Kisahnya, dah dapat cat minyak tetiba ternampak barang-barang ini.
Yo biar betul apeks ni kedai hardware ada cawan n pinggan lama..
Rupa-rupanya zaman dulu-dulu mmg jual pinggan mangkuk tp la ni dah berubah ikut peredaran zaman.. hitam berdebu tangan Rina menyelinap kat celah-celah rak dia ..
TQ abah yang insist jangan beli cat kat kedai lain, pegi kedai tu jugak .. member lama dia.

Inilah yang sempat dicapai ..

Pinggan wild rose ni jumpa satu tapi yang lagi satu tu ada banyak gak..

Mulut lebar kangkung tapi tak de alas ..

Cawan bujang Ros hitam ni.. kukuh n tebal kacanya.


Sunday, June 20, 2010

Lain yang dicari tapi lain yang jumpa..

Rina dah lama teringin nakkan almari (kalau bole mcm yang lama2 gitu) untuk display koleksi Rina yang tak seberapa ni..
Masalahnya RM .. untuk dptkan almari jenis ni amatlah mengejutkan..
Dah namanya keje makan gaji, hujung2 bulan ni rasanya nak berhabis ribu raban beli almari ala-ala lama ni rasanya macam tak berapa logik le pulak...
Tapi hari tu terjumpalah ini barang, sangat-sangat berkenan dan terus gila bayang ++jatuh hati amat sangat.
Bila try tanya en hubby, dia setuju pulak ...dia pun suka gak..
maka jadilah milik Rina tapi kena tinggal kat rumah anak sedara coz masa beli pergi bertiga ..
lepas lipat seat dan adjust bagai2, muat masuk tapi bila nak bawa balik rumah Rina tak muatlah bila anakku yang lima orang tu dah penuhkan seat.. hehehe


Psst.. coffee table ni murah je coz second hand jati (mnjawab sms misteri..)
kalau tak lari budget nanti.. dan masa beli tu ada satu tu je.. so tak dapat le nak tolong dapatkan.

Friday, June 18, 2010

Batik Coklat nan indah .. Part 1

TQ kepada rakan-rakan blogger antik yang sudi berkunjung ke Casarina ..
Hari ni entri Rina adalah si ibu dan anak yang dimata Rina ala-ala batik ..
Mengapa ya ada entri siap dengan part 1? sebenarnya si batik coklat ini datangnya dalam set lengkap tetapi si tuan rumah ni tak sempat nak angkut semua keluar dari gerobok penginapannya so kita layan le dulu si ibu dan anak-anaknya ini.

Ni waktu bawak posing dengan si polka dots..
Siap ada kesan stain sebab lama sangat dalam gerobok dan lepas kejadian terlepas teko kat singki ari tu, terus Rina ala-ala ngeri bila nak mandikan mereka ni..

Pandangan dari atas ..

Close-up corak batik dan bunganya ..


Ada cop Double Phoenix NIKKO
Japan ..

Sebenarnya set ni hanya boleh dikategorikan lama kerana telah ada dalam simpanan keluarga sejak tahun 70-an , rasanya dah tak boleh digunakan sebab retak seribunya dah makin jelas kelihatan.. Takut-takut nanti baru dicurah kopi ke dalam teko, teko pun terbarai ..
Baru nangis tak berlagu..

Monday, June 14, 2010

Si Ibu Gumuks..


Salam semua member-menber .. hari ni jom kita berkenalan dengan teko tunggal ni..
Teko ni dapat dari apeks, tapinya hanya ada dia saja..
Tak de kawan-kawan yang lain dan tak ada juga anak-anaknya..
jangan tanyalah pasal suku sakatnya ..Ni posing dengan bakul-bakul 'sia' ..

Bentuk biasa berbadan gumuk dan coraknya pun simple-simple aje..
Dot-dot pun colourful dan jarang-jarang kedudukannya..Cantik juga bila disuruh beratur ramai-ramai dalam almari tu..

Sebelum dikeluarkan dari tempat bertapa..

Selain dari body yang bulat, lihat juga pada potongan lehernya.. mak aaii punyalah besar lehernya.. malangnya tak de apa-apa tanda lahir di bahagian bawahnya..

Friday, June 11, 2010

Hijaunya si dia ini..



Kali ini Rina ingin kongsikan piring kuih berwarna hijau pekat ini.
Lukisan buluh atau bamboonya berwarna putih.
Kondisinya pun dah nampak lama dengan sedikit penurunan warna.

Warisan keluarga kerana menurut abah, hari mula-mula abah sampai kerumah wan aka ibu mertua abah aka Wan Rina .. pinggan ini dikeluarkan untuk menghidang juadah.
Sekitar tahun 1948 (Abah berkahwin dengan arwah ibu pada tahun itu..)
Hanya digunakan untuk tetamu yang istimewa kerana selalunya disimpan baik.
Arwan Wan juga telah membahagikan pinggan ini kepada anak-anak yang lain dan arwah Ibu Rina memang menyimpan semua pemberian arwan Wan.

Kini pinggan ini tidak digunakan lagi ..hanya Rina simpan sebagai kenangan warisan keluarga.
Sesekali kami keluarkan untuk tatapan adik beradik dan pastinya warisan ini mengembalikan ingatan yang diiringi doa berpanjangan buat arwah wan dan arwah ibu yang telah tiada.

**psst .. mana tau ada jumpa adik beradik dan sepupu sepapat si hijau ini, Rina minat untuk menyatukan mereka.

Wednesday, June 9, 2010

Ibu dan anak kecil ..

Ibu dan anak-anak kecil ini pemberian seorang rakan setugas.
Mungkin kerana terlalu simpati kerana menerima bungkusan yang telah koyak
dan tekonya patah muncung. Selang seminggu dari peristiwa sedih itu,
beliau berikan satu kotak yang dilabel 'kaca'.Si Ibu saiznya biasa tetapi
si anak-anak amat kecil jika dibanding dengan saiz biasa.
Menurut pemiliknya, cawan kecil itu memang digunakan ketika kenduri kendara.
Halus dan tertibnya orang dulu-dulu ..
rasanya kalau di zaman sekarang, dihidang dengan cawan sekecil itu ..
maunya menjadi umpatan tetamu.Ini sekadar ibu tumpang, bunganya berlainan tapi jelas nampak serasi bersama.

Anak-anak yang tergolek tu tidak beralas, payah nak selongkar stor antiknya tu...

Posing Ibu dan anak ..


** Kak Betty .. kalau ada lagi yang perlukan tuan, hamba rela menjadi pelindungnya
TQ kak..

~GA dari Arina Collection~

GA pertama yang disertai .. maklumlah blog pun baru berusia sehari. Hadiahnya pun sangat-sangat cun dan menawan. Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan menyertai GA ini, sila ke blog Arina Collection
Mari kita lihat syarat-syaratnya:

1. Mesti menjadi Follower
( Baru sat ni jadi follower maklum le blog pun baru lahir ..)
2. Iklankan GA ini pada rakan-rakan dan linkkan ..
( Yang ini juga sudah ..)
3. Tinggalkan jejak di shoutbox..
( Sudah juga .. )

Tanpa ibu .. sakura dan burung

Cawan sakura bermulut lebar dengan gambar burung ini adalah hasil buruan sendiri.

Mungkin zaman dulu-dulu, orang tidak berminat dengan objek benda hidup berunsur haiwan dan manusia kerana itu yang terdapat di dalam koleksi warisan hanyalah gambar bunga-bungaan atau yang bercorak abstrak.


** koleksi warisan adalah apa yang disimpan dan dijaga rapi dari peninggalan orang terdahulu.
Pernah terjumpa dulu, si Ibu berupa teko bulat tapi dimana ya ..? Mana tahu ada rezeki dapat berjumpa dengan si ibu, biarlah bukan yang anggun seperti aladdin cukuplah sekadar yang bulat ...

Yang Indah Itu .. Salam untuk semua


Selama setahun menjadi silent reader kepada blog rakan-rakan lain yang sama citarasanya, sama hobi dan sama kegilaannya. Baru hari ini blog ini mampu lahir ..
Yang paling berjasa pastinya blog Yatt kerana dari situ kita mampu merantau ke pelusuk negeri mengenali rakan dari blog yang lain. Agaknya jika dilihat dari pengunjung ke blog Yatt, yang dari Melaka berkunjung saban hari itu .. siapalah agaknya.. Thanx Yatt kerana link di blognya sangat hebat.