Wednesday, February 16, 2011

GA ~ Past Time Collectibles

Entri hari ini sempena GA anjuran Nita dari Past Time Collectibles.
Jom kita tengok apa syarat-syaratnya untuk menyertai GA ni :

1. Jadi follower untuk blog Past Time Collectibles ~ Ya ... saya suda jadi follower setia.
2. Linkkan blognya ke blog anda ~ Ya.... sudah di linkkan.
3. Buatkan entri di blog ~ Ya ... sudah dibuat.
4. Sejak bila mula meminati PML ~ sejak berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa di rumah keluarga dan menerima juga tanggungjawab menjaga warisan keluarga.
5. Koleksi pertama PML ~ Aneka teko bunga jepun yang ceria (ini yang dibeli sendiri bukan dari warisan keluarga)
6.Koleksi yang paling banyak peminat :
- Bunga Kangkung ~ Boleh dikata semua collector dan peminat PML mesti memilikinya.
- Koleksi 5 roses ~ sangat jelita tp susah nak jumpa
- Koleksi Meakin / JG
- Koleksi kekwa merah
- Koleksi Hitam ~ Disukai ramai, kalau di kedai lama area melaka masih boleh jumpa stoknya.

Ini adalah antara hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh Puan Nita kita :

Hadiah Pertama : 1 set trio ROYAL ALBERT PRELUDE

Hadiah Tempat Kedua : DECO PLATE ROSES BY PRISTINE

Hadiah Tempat Ketiga: 1 SET CAWAN KOPI JOHNSONS BROS ETERNAL BEAU

Jom ramai-ramai kita join GA ini, lagi ramai lagi meriah dan jika ada rezeki dapatlah kita merasa ..

Tuesday, February 15, 2011

Mencari sis Azizah ... silent reader


Assalam semua,
Buat beberapa hari ini, entri adalah tanpa gambar. Itu kamera buat hal le pulak...
Rina nak mencari sis Azizah ... salah seorang silent reader yang bertanyakan Rina pasal barang kaca ari tu. Jika membaca entri ini, sila calling2 Rina ye... Rina dah jumpa dah barang tu...
ps.
sori ye sis, dah tak jumpa ur number. Rasa dah save ari tu...

Gambar selingan ...majlis kenduri kawen di rumah sepupu arwah emak. Pinggan makannya dari kekwa hitam, kangkung dan kekwa merah.

Wednesday, February 2, 2011

Ini yang termampu ..

Dekat 2 bulan diperam maka berjaya juga Rina menampal dan mencantum apa yang patut. Walau tak cun mana tapi dapat le dia beratur dengan sedara mara yang lain.. Kesian cik debabs ni. . yang ini masa Rina terima dulu.. masih baru dan berkilat.

Yang ini pulak selepas Rina operatekan dia..jadilah. Dari dibuang baiklah rupanya begini..