Tuesday, November 22, 2011

Cinta datang lagi ...

Cinta PML datang lagi .. kali ni penangan si Ros Hijau. Lambat betul rasa 'cinta' ini tiba walau dah
bersua lama. Membeli sekadar nak ada sahaja. Tak ada pun tidaklah memberi kesan. Tapi kini
keadaan sudah berubah... badai cinta si ros ijau sudah mari ...ahaks.

cawan A shape yang mula-mula Rina beli ~ sekitar 2007
Tak de perasaan, dah jumpa belilah ...

Lepas tu.. jumpa pulak si teko bulat ni. Masa ni asal nampak teko yang bunga lain je terus beli, zaman ni Rina gila teko .. ini dari saudagar antik Kendong.

Yang ini buat cinta Rina mekar ni.. belian online.
Citernya.. nak aim beli pak din lalang tapi entah macam mana
terus je laju contact adik ni. Maka confirm la dapat si hijau cantik ini.. berketak-ketak gitu.

Selang dua hari dapat pulak call dari adik seller ni..
"kak, saya dapat set sugar pot n creamer teko yang ari tu.."
Alahai tetiba ada pulak ... syukur. Harga pun :)

Ini pula pemberian dari k Rusni Mustapha... TQ kak.
Tak sabar nak jumpa akak di Penang bulan Dis ni :)
Piring kuih pun ada pada k Rus.. TQ again kak

Misi mencari si OP dan anak-anak
yang bodynya pun berketak-ketak
entah jumpa entahkan tidak..


Tuesday, November 8, 2011

Terima kasih kak ...

Hari Raya AidilAdha kali ini cukup manis. Jika menulis di blog PML ni tak lain tak bukan pasti kisahnya tentang PML jugalah. Selain bersua dengan Aunty Zue dan Cik Jah Flowers, Rina bertemu juga dengan kak Izan. Selalunya hanya berhello-hello di telefon ...
petang itu kami bertemu.
TQ kak ...sudi mengaum di Tg Rimau. Malangnya bersembang dan bersembang hingga lupa bergambar. Lain kali harapnya berkesempatan untuk bertemu lagi ye kak..
Sebelum kami berpisah sempat lagi kak Izan menitipkan pemberian yang cukup bermakna ... mau rasanya bawak tidur sampai esok. TQ kak ... hati berbunga-bunga sampai kehari ini. Inilah titipan tanda perkenalan dari k Izan...


Nampak macam biasakan? Sebenarnya ...


Bunganya besar dan cerah.. alolo sangat2 cantik...


Menambahkan 'vintage' .. kesan retakan itu ..


Inilah yang luar biasanya ..
saiz yang sangat2 besar. Mungkin ada rakan-rakan PML yang biasa tengok bunga padi saiz begini .. tp Ceq tak biasa tengok!!
Kesian creamer tu.. dah nmpak macam saiz mini aje...