Tuesday, December 27, 2011

Dumex datang lagi ..

Memang seronok kalau berjumpa siidaman hati. Kali ini pulang ke kampung dengan penuh harapan, kembali pula ke Melaka dengan penuh senyuman dan rasa kesyukuran.
Bertambah rezki Dumex ... syukur Alhamdulillah

Ini adalah yang paling seronok~ Dah sampai rumah baru perasan. Memang sayang walau dikira cacat. Apa yang cacat ye?

Cawan kiri dengan cop Dumex terbalik ..



Ini sahaja teko yang ada dalam simpanan .. sebenarnya ada juga yang extra
tapi en somi ni taksubnya lain macam. Semua mau disimpan...
Ini yang terbaru dari koleksi Dumex Babyfood. Susu membesar zaman Rina dan Somi masa kecik-kecik dulu.


Pencarian Dumex yang belum berakhir sudah
pasti si Teko tinggi siku bercop bulat merah...
setakat ini masih belum ada rezki yang
menyebelahi kami ..
Tetap meneruskan usaha dan berdoa
kepadaNya ...

Tuesday, November 22, 2011

Cinta datang lagi ...

Cinta PML datang lagi .. kali ni penangan si Ros Hijau. Lambat betul rasa 'cinta' ini tiba walau dah
bersua lama. Membeli sekadar nak ada sahaja. Tak ada pun tidaklah memberi kesan. Tapi kini
keadaan sudah berubah... badai cinta si ros ijau sudah mari ...ahaks.

cawan A shape yang mula-mula Rina beli ~ sekitar 2007
Tak de perasaan, dah jumpa belilah ...

Lepas tu.. jumpa pulak si teko bulat ni. Masa ni asal nampak teko yang bunga lain je terus beli, zaman ni Rina gila teko .. ini dari saudagar antik Kendong.

Yang ini buat cinta Rina mekar ni.. belian online.
Citernya.. nak aim beli pak din lalang tapi entah macam mana
terus je laju contact adik ni. Maka confirm la dapat si hijau cantik ini.. berketak-ketak gitu.

Selang dua hari dapat pulak call dari adik seller ni..
"kak, saya dapat set sugar pot n creamer teko yang ari tu.."
Alahai tetiba ada pulak ... syukur. Harga pun :)

Ini pula pemberian dari k Rusni Mustapha... TQ kak.
Tak sabar nak jumpa akak di Penang bulan Dis ni :)
Piring kuih pun ada pada k Rus.. TQ again kak

Misi mencari si OP dan anak-anak
yang bodynya pun berketak-ketak
entah jumpa entahkan tidak..


Tuesday, November 8, 2011

Terima kasih kak ...

Hari Raya AidilAdha kali ini cukup manis. Jika menulis di blog PML ni tak lain tak bukan pasti kisahnya tentang PML jugalah. Selain bersua dengan Aunty Zue dan Cik Jah Flowers, Rina bertemu juga dengan kak Izan. Selalunya hanya berhello-hello di telefon ...
petang itu kami bertemu.
TQ kak ...sudi mengaum di Tg Rimau. Malangnya bersembang dan bersembang hingga lupa bergambar. Lain kali harapnya berkesempatan untuk bertemu lagi ye kak..
Sebelum kami berpisah sempat lagi kak Izan menitipkan pemberian yang cukup bermakna ... mau rasanya bawak tidur sampai esok. TQ kak ... hati berbunga-bunga sampai kehari ini. Inilah titipan tanda perkenalan dari k Izan...


Nampak macam biasakan? Sebenarnya ...


Bunganya besar dan cerah.. alolo sangat2 cantik...


Menambahkan 'vintage' .. kesan retakan itu ..


Inilah yang luar biasanya ..
saiz yang sangat2 besar. Mungkin ada rakan-rakan PML yang biasa tengok bunga padi saiz begini .. tp Ceq tak biasa tengok!!
Kesian creamer tu.. dah nmpak macam saiz mini aje...

Monday, July 25, 2011

Operasi membersih ..

Operasi di office suami. Mereka mengadakan gotong-royong membuat pembersihan besar-besaran. Banyak yang dibuang atau dibuat hapus kira. Nasib memang baik kerana selama Rina membeli secara online, barang mesti dihantar ke office en. suami. Lebih mudah untuk tujuan serahan~ tak payah adik posto tu panjat tangga sampai tingkat 4 kalau guna alamat Rina. Sangat bertimbang rasakan...hehe
Maka ini adalah barang yang diarahkan oleh Pn. Bos en suami kepada staffnya untuk diketepikan, dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak. Pernah sekali kotak yang dihantar LC diminta bukak oleh Pn Boss sebab dia teringin nak tengok. Itu yang dia suda tau tu... Syukurrr..
Mari tengok, barang-barang yang nyaris dibuang ini..

Semua yang telah diasingkan .. ada sesat alas cawan dumex juga.

Cantik pinggan ni... takkan satu je? Amboiii ...jawab en suami. hehe

Pinggan dodol biru tebal ni ada 3 ketul... syukur

Alas cawan.. banyak juga tapi cawan satu pun tak de

Piring 5 roses dan twin roses...

~semua ini adalah antara pinggan mangkuk
yang diguna bagi tujuan jamuan
sekitar tahun 1970an dulu. Dengar khabarnya,
kuih dan hidangan pun dibawa
secara sukarela jika ada
apa-apa jamuan dan lawatan
untuk tetamu. Sebab itu macam2
piring ada..

Friday, July 8, 2011

Kekwa Idaman ..

Kekwa Hitam ..
Antara yang memikat hati tapi punyalah susah nak dapat. Cawan hanya ada 2 pasang tu pun dah berkurun dalam simpanan. Tapi yang paling best bila Wan dr Lemari Cantique dapat
carikan teko bulatnya.
Pernah bertanya tentang teko bentuk cinderella di mudah.my malangnya dah dibeli orang. Nasib la badan... Sekeping pinggan kuih adalah pemberian kakak yang baik hati ..
kak Rusni Mustapha. Alahai sis ..segan Rina dengan akak ni, banyak sangat yang sudah diberi pada Rina. TQ kak... bila la agaknya akak nak mengaum ke sini?
Kalau boleh nak ditambah tapi dah tak tau nak raba kat mana..

Teko bulat dari wan aka LC .. TQ

Ni la 2 pasang yang ada..

Cawan yang dah lama dibeli..

Masih memasang angan2 nak menambah
tapi tau .. bukan senang.
Agak-agak kalau ada yang punya
lebihan meh la bagitau rina ye...

Saturday, July 2, 2011

Set kecil .. menghidang teh

ni set yang mula-mula dapat dari seorang rakan blogger. Masa ni semua benda Rina suka sebab darah muda. Haha... Bila tanya ngapa suka pada yang begin? Senang aje jawapannya .... Suka pada saiz comelnya, suka pada sakuranya dan suka juga pada siteko kecik itu.
Teringin nak ada banyak set seperti ini. Banyak betul keinginan sekarang ini..

Cawannya hanya 4 tetapi tetap berseri ..

Ohhh my sakura ...

Monday, June 20, 2011

Ahli baru ..teko idaman.

Inilah yang dibawa oleh kak Jah sewaktu beliau balik ke kampung baru-baru ni. Mula-mula tengok kak Jah tayang di FB dah terpikat. Lagi suka tengok topi tajamnya itu. Body punya mengancam bak sang ratu idaman ..


Cawan naga biru tu pemberian dari kak Jah untuk ahli cawan single..

Cantikkan cuttingnya .. bodynya, tangkainya, topinya... dan semua-semua yang lain jugak.

Monday, June 13, 2011

Hatiku terluka lagi...

Hari ni bukanlah hari yang menyenangkan di tempat kerja. Hari yang melelahkan dan memeningkan kepala. Bertambah-tambah tidak menyenangkan bila mendapat kotak yang berbunyi. En abang dah geleng kepala .. tanda ada yang tidak kena.
Betul sekali .. belum buka sudah tahu apa yang jadi pada isi kandungannya.
Bukan barang yang mudah dapat pulak tu .. lihatlah bagaimana berkecainya hati saya saat membuka balutannya.





OP Jade 14" dambaan saya ini tidak selamat sampai ke Melaka. Lama dah saya tak terima nasib sebegini .. sedih di hati ini hanya Allah yang tahu.

Mungkin kerana terlalu mengharap
mungkin juga kerana terlalu asyik
Saya mendapat ujian sebegini
Ini umpama mengulang peristiwa lama...

Sunday, June 12, 2011

My 1st EG..

Kali pertama bersama dengan geng2 PML menyertai EG anjuran kak Azzah. Sebelum ni ada hajat tapi tak kesampaian. Syukur kali ini dapat menyertai. Partner Rina ialah kak Azah dari seberang sana ~ Negeri Di bawah Bayu. Kak Azah memang telah bersiap dengan hadiah tetapi katanya tak kena dengan tema. Bila kak Azah beritahu dia nak beri teko...
'Kak.. Memang kusudi sangat-sangat'
Itu jawapannya. Maka bngkisan ini diterima dari Sabah. TQ kak Azah ...suka dengan teko ni coz sebelum ni Rina ada saiz yang besar sikit pun datangnya dari Sabah.
Terima Kasih kak Azah.. dah Rina gandingkan dgn saudara maranya yang datang dari sana juga
pssttt.. Rina tgh senyum sampai telinga ni ...


Partner Rina untuk terima hadiah dari Rina ialah Mrs Nor Wahid. Puas memikir apa yang nak diberi sebab tau kak nor memang tak collect cawan. Akhirnya buat keputusan carilah juga yang agak2 kak Nor akan suka. Bungkus parcel siap2 dan bawak balik ke Penang (kg En abang).. poskan di PO Parit Buntar pada 30 Mei . Tetiba pada 6 Jun dimaklumkan belum sampai ke KB.
Waa... susah hati betul takut barang dihantar hancur lebur... bila buat report siap dia tanya pakai poskod apa?
Bila check trackingnya ini yang keluar...

E-Parcel Tracking result
Item No: CD150058160MY
No. Proses Date Proses Time Post Office Status
1. 30 May 2011 10:02:35 AM Parit Buntar PENGEPOSAN DI KAUNTER Parit Buntar
2. 2 June 2011 3:40:46 PM PosLaju Taiping SEND ITEM TO PosLaju Melaka
3. 6 June 2011 11:18:24 AM PosLaju Melaka FAIL TO DELIVER
Reason : ITEM WRONGLY DIRECTED
Action : SEND TO EXACT DESTINATION
4. 6 June 2011 11:35:58 AM PosLaju Melaka SEND ITEM TO GPO Kota Bharu

Akhirnya 10 Jun baru parcel Rina diterima oleh kak Nor. Syukur juga barangnya ok dan tak hancur lebur ...maklum le parcel tu jauh berjalan
Tg Rimau, Melaka ---Parit Buntar ---Taiping ---Melaka ---Kota Bharu


Saturday, June 11, 2011

Lain dicari, Lain yang dapat..

Set Dumex ..

Asal hanya ada 4 keping kuih dari set jumbo sale yang Rina dapat daripada Halim.
Memang tak de feel lagi.
Cuti baru-baru ni waktu balik kampung, terjumpa set lengkap ini.
"Kalau kak dan abang tak nak pun tak pe, orang kat belakang tu pun berminat"
Belek punya belek akhirnya en. abang bersetuju ambik. Maka tiba-tiba kami sudah ada set lengkap dumex logo 50an ini.

Ini set yang lengkap tu..
Cawan 6 pasang .. ada yang sudah berstain. Tak pelah, namapun barang lama.
Ada juga terselit sebiji mangkuk.

Suka tengok yang ini .. jug tinggi. Menawan sangat..

Teko tinggi.. tutup dia ada tapi di mana yek?
Alas cawan n piring kuihnya 8 biji.

Sugar pot..

creamer ..

Mangkuk sampan dan OP yang besar ..

paling suka... si Tureen Besar Gedabak ini..

Pelikkan bila tiba-tiba kita jatuh
sayang saat mula mata memandang.
Itu yang kami rasa bila balutannya dibuka
satu persatu. Tak mampu menolak dan
dapat pula ditawarkan dengan
harga yang mampu.
Berangan untuk ada almari
khas bagi menyusun set ini....

** Sedang mencari si teko debab yang rendang-rendang bodynya berchop yang sama seperti di atas. kalau ada yang jumpa atau ada extra ... bagitau rina ye. TQ ..

Thursday, June 9, 2011

Bagilah seikhlas hati....

Teko Kotak Terkecil ..

Ini yang paling istimewa dari rakan penjual online ini. Asalnya berhajat untuk membeli tureen besar darinya. Kemudian dia bercerita tentang barang istimewa yang telah dijumpai ...
sikenit teko kotak ini. Puas membayang betapa kecik kenitnya ia...
lebih kecil dari cawan Mulut Lebar katanya.
Akhirnya mengalah juga... dah xterbayang rupanya. Tup-tup rakan ini meng'offer' dan MMS dihantar. Senyum tetapi cuak juga...berapa agaknya hantaran untuk sicomel ini.

PK : Kalau nak .. ambiklah. Susah nak dapat ni.
R : Berapa harganya? Mana tau saya mampu...
PK : Ikut sukalah... kira sedekah ke saya ajelah. Kalau nak bagi lebih pun tak pe, bagi sikit pun tak pe.
R : La ...tak leh le macam tu. Kena bagitau le harga, senang saya nak bayor...
PK : Tak pelah .. bagi je lah berapa nak bagi. Kira Rezeki saya...


Wa... lama gak berfikir. Kalau teko bulat kenit pun harganya sudah seperti yang diketahui inikan pulak si kenit kotak ni. Akhirnya, sejumlah wang dimasukkan. Harap memadai dengan kesusahan mencari teko sebegini. Terima kasih... sikecik ini jauh istimewa dari tureen besar itu.


Bila diingat .. yang manisnya ada lagi
orang yang tidak mahu menetap
harga ketika permainan harga
hebat kala ini.
Ada lagi yang mahu berkata
banyak atau sedikit diberi
itulah rezeki saya.
Terima kasih ...
Anda amat dikagumi ...

Tuesday, June 7, 2011

Pojaan hati.. BK

Mangkuk Bertutup BK..

Ini jumpa dikedai jual pasu bunga. Banyak pattern corak ada tapi ada 2 ketul je yang ada gambar BK. Jadilah buat peneman almari. Macam bekas garam pun sesuai tp kalau letak asam jawa lagi best kot.


Cantik bunganya.. Bentuk pun cantik..

Ada tulisan di atas cover penutup ~ Direct dari mulut adik amoy manis begini :
bulung nyanyi, munga kembang.
Entah betul entah tidak, tak tahulah nak cakap.

Kata auntie kedai PML yang Rina kenal~
tak payah risau pasal tulisan cina yang
ada di cawan, mangkuk dan piring yang dibeli
"Semua tulit baik2 punya.. panjang umur, murah rezeki
dll"

Monday, June 6, 2011

Jumpa kawan..

Banyak yg rina nak update tp masih sesi tnpa gmbar..
Lepas ni baru akan ada bnyk gmbar.. masalah camera tak selesai lagi..

Terima Kasih buat Pn Rita Zaharah
Balik kampung mertua baru-baru ni, berkesempatan berjumpa sahabat FB ni.
Macam biasa walau tak pernah bersua tp cukup mesra rasanya. Dijamu dengan santapan Laksam Terengganu yang sedap...TQ sis ... bertambah-tambah makan.
Dibawa pula berjumpa seseorang...arghhh semuanya indah-indah belaka di sana :)

Ada pula sisipan buah tangan
berupa sugar pot yg teko n cwannya
ada di Melaka...senyum lagi :)

Photo dah ada ~ masalah dah selesai :)

Saturday, April 2, 2011

Mana datangnya ini...

Yang buat saya berpinar mata bila benda-benda ini tiba-tiba ada di office... mana sumbernya? Siapa agaknya yang pemurah itu? Ini mesti kes kat rumah ada melambak sampai sedekah kat office ...hehe sedang menghampiri si pemilik itu....