Wednesday, December 29, 2010

Cuba buat yang terbaik..

Rina bersedih lama dengan insiden ini. Namun dah bukan rezeki Rina, maka bila sampai ditangan begini jadinya. Nasib baik juga set yang dibeli ini terdiri dari 2 teko begini dan satu teko bulat, 4 set cawan, satu creamerdan satu sugar pot tanpa tutup.
Memang sukar nak baiki terutama ada serpihan kecil yang hancur. ~ sehancur hatiku.
Yang boleh Rina lakukan adalah cuba yang terbaik....
Serpihan kecil...


Ni ..proses cantum dah bermula.
Teruk cederanya...

Sayang sangat... condition teko ni mmg cantik.

Tuesday, November 30, 2010

Jalan2 .. Intai2 .. part 2

Ni sambung entri jalan2 Rina sempena cuti sekolah ini. Masih di kediaman yang sama.
Sila berperasaan gerammm... kerana itu yang Rina rasa bila Rina berada saat itu.
Bila la agaknya akan mendapat durian runtuh hasil jalan2 ini...Mak aaiii... banayknya.
Mood Berangan ~ kalau dapat ni, akan ku mandikan hingga bersinar-sinar, lepas tu akan disusun ala-ala piramid dalam almari...


Kesiannya cawan sakura dambaan ramai ni, macam tak de harga diri je... kata pemilik (dlm loghat ori negori ...lebey kurang le~ semuo ado seratuih tapi ado yo yang dah pocah. Dulu orang berkampung, gomar teh o. Tu yang kono ado cawan ni....

Dulang enamel yang diguna ketika kenduri kendara.

Dulang kecik tu, untuk hidang air.

Monday, November 29, 2010

Jalan2 .. Intai2 .. part 1

Semalam Rina berkesempatan berkunjung ke rumah saudara mara. Lama tak jumpa,
selain dari dijamu dengan pelbagai juadah, kami juga bersembang bagai nak rak.
Lama sangat tak jumpa, macam-macam cerita nak dikongsi.
Selain dari itu, dapat juga mengintai harta-harta karun yang tak digunakan sejak lama dulu.
Maklumlah, dah ada khidmat katering ..lepas tu kalau kenduri kendara pun pakai cara buffet. Jom kita intai apa ada dalam stor ini~

Sunday, November 28, 2010

Salam..Rina kembali.

Apa khabar rakan2 maya? Lepas hibernate dekat 5 bulan baru Rina terasa semangat semula.
Banyak perkara berlaku sehinggalah segalanya selesai. Anak saudara Rina pun dah beransur sihat kembali. Kami sekeluarga telah mendapat kegembiraan semula setelah berbulan anak saudara Rina ini sakit. Syukur padaMu....

Walau kami sekeluarga diuji, pokok anggur ini mencetus sedikit kegembiraan. Mula belajar berbuah...

Saturday, August 7, 2010

Sebulan berlalu...

Salam semua, hari ni genap sebulan Rina tak bersiaran. Sangat-sangat bz menyiapkan rumah-rumah penginapan baru untuk barang2 kesayangan Rina ni.
Malangnya, lepas sebulan baru satu almari yang dah diletak di sudut khas ini.
Nanti bila dah siap baru boleh dikongsi bersama.
Bye ..hingga berjumpa lagi.

Thursday, July 8, 2010

Pemberian kekanda tersayang..

Minggu ni lambat baru dapat update cerita. Hari Ahad jumpa dengan Nita dari Past Time Collectibles. Nak ambil si teko comel cinonet yang Rina beli dari dia. TQ Nita ..susah payah dia datang jumpa Rina.
Minggu ni juga kakak Rina balik kampung.. maklum le abah masih ada so selalunya adik beradik akan balik bila ada kelapangan. Rina patut berterima kasih pada En. Abang coz dia suka kalau adik beradik Rina balik. Ngeri bila dengar ada kawan-kawan Rina yang somi2nya tarik muka bila adik beradik dia balik... Tq ye abang..
Ok mari lihat apa yang kakak Rina bawa balik sebagai buah tangan untuk adik bongsunya ini.. hehe kami ni sama-sama minat tengok barang-barang lama. TQ Angah, nanti kita pergi hunting sama-sama ye..
Posing ramai-ramai.. pinggan-pinggan 'blue windmill' mug enamel dan bekas susu, mangkuk lauk BK dan cawan 'sweet green'.. tak lupa sebiji pelita merah..

Cik Pelita sesat, dah jumpa angah beli le.. kata akakku..TQ sis

Pinggan yang menawan..

Masa ni tak perasan pelita tak de..

Ni 2 buah mangkuk lauk, Rina memang tak de lagi mangkuk BK gini..

3 beradik enamel saiz kecik .. yang tengah untuk bubuh susu. Ada muncungnya.

Tu le muncung yang tak berapa sihat tu..

6 keping pinggan dan mangkuk cantik ni.. pinggan leper 7,8 dan 10". Rasa macam nak lagi, tapi malu deh nak mintak.. yang 3 lagi si bowl yang ganteng..

Dapat juga 4 cawan 'sweet green' ni.. sorry tak tau asal usulnya. Tak de chop pun..

Ok itulah pemberian dari my sis yang buat Rina happy sangat. Semua ni my sis dapat dari apekks .. dia punya hasil hunting lagi banyak katanya. Muaahh sayang angah...

Wednesday, June 30, 2010

Dah sampai .. macam-macam ada.

Malam semalam Rina menanti, pagi lagi (dalam jam 10) dah dapat call dr adik penghantaran KTM Waa..sangat suka hati, sangat senang hati walau tak tengok lagi rupa barangnya. Selamat ke tidak?
En. suami yang terima tapi tak nak cakap apa, berapa kotak pun dia tak mau cakap. Suruh tengok sendiri kononnya. Esok tunggu lagi .. of course KTM juga pilihan Rina..
Tergolek-golek kepenatan .. semua yang ada dalam kotak dari Ipoh.

Teko-teko ada yang tak sempurna.. dah namanya pun beli secara pukal. Cik Puan Naga tu topinya cacat. Tu yang tak boleh nak tayang diri tu..


Tuesday, June 29, 2010

Ohh.. bila nak sampai keretapi dari Ipoh...

Tak pernah lagi Rina tunggu parcel antik guna perkhidmatan KTM
(kalau kiriman parcel biasa dan barang-barang ada le coz murah dan cepat..
hantar ari ni, esok dah sampai ~my mil orang Parit Buntar tu yang senang pos brg pakai KTM)
Agaknya adik Halim ni pun tak pernah buat maklum le ..selalunya kalau barang antik ni pakai khidmat kurier atau Pos Malaysia tapi yang pasti, esok Rina dengan riangnya akan menunggu panggilan dari KTM..
Harapnya, parcel dari Ipoh ni akan selamat tiba..

Monday, June 28, 2010

Si 'Fern Leaf' yang manis..

Dah lama Rina dok pi jalan-jalan ke blog orang lama antik ni .. sapa lagi kalau bukan Cik Mat Gebu dan Yatt. Set Pakis Cik Mat memang mengancam.. lengkap ada cawan dan mangkuk lagi. Kalau nak cuci mata, jom ke sini
Bila ke blog Yatt pulak, pergh.. macam-macam pakis ada. Mana le nak tenteram jiwa Rina bila menatapnya. Yatt dapat kumpul pakis berwarna dan jangan lupa ada tureen lagi ..
mari cuci mata lagi
Selalu juga berangan nak ada set macam ni tapi tak juga timbul-timbul.. cuma dapat beli satu teko bulat. Kira-kiranya macam dah putus harap le.. tapi
Baru-baru ni jumpa budak kecik dua beradik kat apekss ( si sugar pot ngan creamer) tapi tak de saudara mara lain.Segak sungguh si sugar pot ni .. kalau ada banyak memang semua Rina angkut.

Si creamer pun melentik gak tangkainya..
Si pinggan kuih tu jumpa kat kedai lain tapi tu je saiz yang ada.Mami cun ni jumpa pun secara tak sengaja, memang dah rezeki Rina agaknya..
Malangnya hingga kini, si anak tak datang-datang cari maminya..
serupa bagai anak tak mengenang budi pulak .. hehe

psst .. Rina selalu pujuk diri sendiri dengan ayat ni "tak pe lah, nasib baik ada seketul dua dari tak de langsung" ~ dalam hati tengah meraung-raung ni.. :(

Wednesday, June 23, 2010

Anak beranak Jacob's ..

Cukup berkenan dengan teko kecil ni. Rasanya tak le lama mana usianya
tetapi tetap seronok nak menyimpannya. Mula-mula Rina hanya ada tekonya sahaja tapi masa berbual dengan sorang rakan ni, dia beritahu yang dia ada extra cawannya.
Wah.. teruja betul coz tak pernah ada cawannya tapi pernah ternampak di blog Tasha dulu..Cawan ni datang dari Brunei tapi tekonya dapat dari kedai runcit je..
Dalam gambar ni memang ada 3 teko tapi la ni tinggal 2 je.. satu dah berhijrah ke rumah lain.
Cawannya sama besar je dengan teko..

Mangkuk sakura bunga merah tu bukan jenis lama .. saja menyelit.

Berderet-deret sebelum berpisah ..



Monday, June 21, 2010

Rezeki di kedai hardware..

Hari Ahad lepas, bermula misi Rina n En. Abang ke kedai hardware. Nak cari cat minyak n peralatan mengecat ..maklum le dah bulan Rejab ni .. konon tahun ni nak buat semuanya awal.
~Rumah warisan Rina ni dah umurnya 32 tahun, sebahagian besarnya diperbuat dari kayu tu yang guna cat minyak untuk dinding.. rumah kampungkan..~

Kisahnya, dah dapat cat minyak tetiba ternampak barang-barang ini.
Yo biar betul apeks ni kedai hardware ada cawan n pinggan lama..
Rupa-rupanya zaman dulu-dulu mmg jual pinggan mangkuk tp la ni dah berubah ikut peredaran zaman.. hitam berdebu tangan Rina menyelinap kat celah-celah rak dia ..
TQ abah yang insist jangan beli cat kat kedai lain, pegi kedai tu jugak .. member lama dia.

Inilah yang sempat dicapai ..

Pinggan wild rose ni jumpa satu tapi yang lagi satu tu ada banyak gak..

Mulut lebar kangkung tapi tak de alas ..

Cawan bujang Ros hitam ni.. kukuh n tebal kacanya.


Sunday, June 20, 2010

Lain yang dicari tapi lain yang jumpa..

Rina dah lama teringin nakkan almari (kalau bole mcm yang lama2 gitu) untuk display koleksi Rina yang tak seberapa ni..
Masalahnya RM .. untuk dptkan almari jenis ni amatlah mengejutkan..
Dah namanya keje makan gaji, hujung2 bulan ni rasanya nak berhabis ribu raban beli almari ala-ala lama ni rasanya macam tak berapa logik le pulak...
Tapi hari tu terjumpalah ini barang, sangat-sangat berkenan dan terus gila bayang ++jatuh hati amat sangat.
Bila try tanya en hubby, dia setuju pulak ...dia pun suka gak..
maka jadilah milik Rina tapi kena tinggal kat rumah anak sedara coz masa beli pergi bertiga ..
lepas lipat seat dan adjust bagai2, muat masuk tapi bila nak bawa balik rumah Rina tak muatlah bila anakku yang lima orang tu dah penuhkan seat.. hehehe


Psst.. coffee table ni murah je coz second hand jati (mnjawab sms misteri..)
kalau tak lari budget nanti.. dan masa beli tu ada satu tu je.. so tak dapat le nak tolong dapatkan.

Friday, June 18, 2010

Batik Coklat nan indah .. Part 1

TQ kepada rakan-rakan blogger antik yang sudi berkunjung ke Casarina ..
Hari ni entri Rina adalah si ibu dan anak yang dimata Rina ala-ala batik ..
Mengapa ya ada entri siap dengan part 1? sebenarnya si batik coklat ini datangnya dalam set lengkap tetapi si tuan rumah ni tak sempat nak angkut semua keluar dari gerobok penginapannya so kita layan le dulu si ibu dan anak-anaknya ini.

Ni waktu bawak posing dengan si polka dots..
Siap ada kesan stain sebab lama sangat dalam gerobok dan lepas kejadian terlepas teko kat singki ari tu, terus Rina ala-ala ngeri bila nak mandikan mereka ni..

Pandangan dari atas ..

Close-up corak batik dan bunganya ..


Ada cop Double Phoenix NIKKO
Japan ..

Sebenarnya set ni hanya boleh dikategorikan lama kerana telah ada dalam simpanan keluarga sejak tahun 70-an , rasanya dah tak boleh digunakan sebab retak seribunya dah makin jelas kelihatan.. Takut-takut nanti baru dicurah kopi ke dalam teko, teko pun terbarai ..
Baru nangis tak berlagu..