Saturday, March 12, 2011

Yang Suka, Yang Duka...

Banyak benda yang Rina belajar dari dunia PML ini, ramai juga rakan yang ada boleh kita panggil sahabat sejati.

Entri hari ini lebih kepada rasa dan kepuasan. Keseronokkan dan penyesalan yang dirasa tetapi kepuasan itu hanya yang kita sahaja rasa .... orang lain mungkin tidak faham dan tidak kisah.

Seronok, puas hati dan nikmat kepuasan :
1) Bila mengeluarkan wang sebanyak RM150 tetapi kita dihidang dengan 4 teko kesemuanya aladdin, sebiji OP yang sangat mahal harganya dipasaran, beberapa cawan, pinggan dodol pelbagai warna, sepasang creamer n sugar pot naga dan buluh emas. Saya sangat bersyukur... dan ya semuanya dibeli secara online. Tahap kepuasan: sangat maksima.
Kejadian: Jun 2010

2) Bila dapat membeli 2 biji teko mrs.pot padi dan satu teko bulat. Cawan dan piring sebanyak 6 set. Dibeli pada harga rm 130.00. Malangnya bukan rezeki, salah satu mrs. pot pecah dalam perjalanan. Yang ini pun masih dibeli secara online. Tahap kepuasan : merudum sebab satu teko mrs pot tu berkecai.

3) Set teko aladdin coklat dan enam set cawan ML dan alas dengan harga rm50. lama diiklankan oleh seller tu tapi sorang pun tak berminat. Asalnya, saya nak teko dia sahaja tp dapat cawan kira bonuslah. Terdapat iklan di blog juga di mudah.my akhirnya sampai ke Melaka dan menjadi kesayangan. Tahap kepuasan : Memang maksima.

psst.. tak dapat nak sambung
entri ni, rasa yang kuciwa dan dan
penuh kekesalan itu
akan disambung kemudian.


No comments:

Post a Comment