Sunday, November 25, 2012

Rezeki mug bertutup

Datang tanpa tutup tapi tak kisah la kan. Sebab di rumah mmg ada tutup xtra. Ini dapat dari jualan longgok online.  Hehe .. apa itu jualan longgok? dah seller longgokkan 2-3 barang dan jual harga murah. Dapatlah merasa nak ada mug berkaki begini. Tak ada cap dan bunga agak pudar. Harga beli RM 40 ~ 2 mug
berkaki tanpa tutup, 1 cawan bujang bunga Jepun dan 1 cawan tanpa alas maple. 

 5 Roses Bunga pudar .. dapat yang ini teringin nak yang terang pulak. Adoii perangai ni ..

Buluh ni ada cap .. rezeki dapat tak de tutup. Rupa2 nyer ada spare part tutupnya dlm simpanan. 

Nak dapat Roses2 dah macam bermimpi di siang hari. Jadilah rezeki setakat ini... 
Syukur Alhamdulillah. 


Tuesday, July 24, 2012

Rezeki 4 Ramadhan ..

Kan ... macam tak percaya sicantik gorgeous ni dah mengaummm di sini. Memang rezeki lepas duka berkecai hari tu. Tak membeli sampai la nampak si jelita ni... konon dah berazam tak mau beli lagi tapi tak kemana nampaknya azam yang satu tu. Syukur Alhamdulillah .. nikmat dunia yang satu ini, cukup menyenangkan .. 

Sunday, June 3, 2012

Indahnya dunia PML ..

Jarangkan dapat sesuatu yg diluar jangkaan. Terutama apabila sesudah mendapat khabar buruk. Itulah indahnya dunia PML .. ada saja seller budiman dimana-mana. 
Kisahnya .. berhajat membeli teko yang lain malangnya ada salah faham yang berlaku maka teko itu terlepas ke tangan orang lain. Anehnya, tak rasa pun seperti nak marah atau kecewa. Berpegang pada rasa ... memang bukan rezeki kita, nak buat macam mana. Selang dua hari en seller berhajat untuk menggantikan dengan teko lain yang pasti akan menepati sesuatu yang Rina suka katanya.. Tepat sekali.. tak perlu lihat apa tekonya pun tak apa kerana Rina cukup percaya padanya. Dan akhirnya .. sicantik ini mengaumm di sini. TQ ... yang ini memang buat hati berbunga ..

Saturday, May 26, 2012

Koleksi juga...

Kegilaan sebelum jumpa PML .. dah dekat 20 tahun mula mengumpul. Sejak kebelakangan ni dah susah nak jumpa bentuk baru yang belum ada. Hari ni sesi memunggah koleksi eraser kami. Dah tak dapat nak keep track sebab tak de directory ..




Tuesday, May 22, 2012

Isu Dalaman

Sampai bila agaknya nak berhenti .. berbual dengan seorang rakan bekas kolektor. Cukup menyentuh hati. Mungkin tak lama lagi .. saya akan turut jejak beliau. Memandangkan isu penempatan dah menjadi isu besar dan gawat maka rasanya saya perlu berbuat sesuatu.

Jumpa Rak ini.. murah aje tp rasanya mampu membantu
Jadi la kan.. tak nak keluar modal punya pasal.

Berpusu-pusu nak bernafas pun susah .. nasib baik teko.
Tak pe .. tunggu ye.

Monday, March 26, 2012

Taruna .. 3 beradik

Pinggan Taruna .. bukan sesuatu yang biasa didengar di Melaka. Teringin nak ada dan dapat la si 3 beradik ni. Datang dari Ipoh .. lama dulu.
Memang cantik sekali .. duduk bersama dengan yang bertutup lain. Jom enjoy keindahannya..

si 3 beradik ..
memang menawan ..

Thursday, March 15, 2012

Teratai sayang...

Memang tak tahan godaan betul. Selagi tak jumpa selagi itulah terbayang-bayang..
kes angau macam orang bercinta. Nasib baik jumpa harga memang tak bole tahan ... rm38 + pos rm10. Tutup tak ada .. buat masa ni pinjam le dulu dari teko lain.
Cawan ML ni entah macam mana bole ternampak dari gobok salah seorang kolektor juga. Nak di letgo sebab ada satu je. Hmm .. jadi la dari tak de.
Tureen ni memang lama dah ada .. sayang sangat2 dan piring makan pun ada satu je.

Cik teko idaman.. akhirnya mengaum juga.

Anak tunggal .. kalau dpt full set mmg cun

Tureen sayang .. mewah bunganya.
Ini je yang ada ...

Saturday, January 7, 2012

Dari jauh . Terima Kasih kak Leeza

Bungkusan dari kakak yang tinggal jauh di bumi Arab. Selama ini hanya berkenal di FB dan bila dapat mendengar suaranya di telefon, seolah-olah telah kenal lama.
Terima kasih kak.. harap sangat dapat berjumpa dengan akak.
Semoga ada rezeki dan kesempatan ...
Ini adalah antara kiriman yang diterima,
tidur jadi lena selena-lenanya .
Senyum tak sudah-sudah dibibir .
Hebat penangan isi di dalam kotak ini ..
Si bulat dua beradik.. memang cantik dan meletopsss. Ini kira surprise dari kak Leez.
Rasa nak peluk tak payah simpan kat gobok..

Yang rina betul-betul pesan dari kak Lezz enamel dan teko oren wild rose tu.
Memang tak mau bukak plastik lagi .. sebab seronok punya pasal.
Yang wild rose memang sedap kalau peluk besar dan bulat gitu. Betul kata
kak Leeza 'saiz orang arab tu' .. si bulat 2 beradik tu memang menambah
ceria betul .. TQ again kak.

Hebatnya bersama rakan FB ..
walau tak pernah bertemu
setiap kegembiraan
dan kesedihan sahabat
seolah-olah amat hampir
dengan kita..
air mata laju mengalir
tatkala tangan menaip bait-bait
takziah buat teman jauh
yang baru kehilangan
yang tersayang ...
semoga ukhwah kita ini
subur dengan kasih sayang
dan disulami keikhlasan
bersahabat ....

Monday, January 2, 2012

Packing rapat-rapat..

Sementara masih bercuti di tahun baru, kami suami isteri bersusah-payah membungkus mana-mana belian sebelum ini yang dah mula tak dapat nak dikesan.
Banyak betul kejutan rupanya bila memunggah semula barang-barang ni. Semua dah siap di'pack' dalam kotak dan telah dilabel.
Tunggu almari dari seberang yang tak kunjung tiba. Bila sampai nanti senang nak cari barang sebab dah siap berlabel... fuhhhh lega rasanya. Teko pun dah dapat dikesan semula.



Sunday, January 1, 2012

Melangkah ke 2012 ..

Syukur padaMu ya Allah atas segalanya ...
Melangkah dengan penuh keazaman dan tekad..
Mau jadi lebih baik dari sebelumnya ..
Mau kurang berkata-kata
tapi lebih bekerja
Mau fikir lebih tentang diri
tapi keluarga tetap utama
Mau hidup tenang
tapi tidak lupa pada yang susah
Mau jadi baik dan memahami
pada semua yang ada disekeliling.