Saturday, February 16, 2013

Serba kekurangan

3 beradik sakura kenit ni hadir mengaummmm dalam keadaaan tidak sempurna. 3 yang datang dengan 1 tutup. Yang pertama ada luka dimulut, tutup saja terus cantik. Yang kedua ada parut (hairline) di belakang badan dan yang ketiga tu cacat pula di muncung. ak apa lah .. semuanya pun Rina sayang   :)

Menunggu yang sempurna datang ke sini ..

Dumex idaman

Antara yang tersusah untuk dapat .. Rezeki nak ke Melaka. Cun sangat dan merelit cantik, macam baru keluar kilang. Tq en Sani .. rakan di FB. Memang cik abang senyum lebor bila dapat ni ..
Misi 2013 .. set cawan ML, set cawan kopitiam dan mug.

 Penutup Teko kepada siri Dumex 1st Generation ( Logo Merah)

 Jumpa suku sakat yang lain ..

Comel je .. sugar pot pun tak de topi.

Sunday, November 25, 2012

Rezeki mug bertutup

Datang tanpa tutup tapi tak kisah la kan. Sebab di rumah mmg ada tutup xtra. Ini dapat dari jualan longgok online.  Hehe .. apa itu jualan longgok? dah seller longgokkan 2-3 barang dan jual harga murah. Dapatlah merasa nak ada mug berkaki begini. Tak ada cap dan bunga agak pudar. Harga beli RM 40 ~ 2 mug
berkaki tanpa tutup, 1 cawan bujang bunga Jepun dan 1 cawan tanpa alas maple. 

 5 Roses Bunga pudar .. dapat yang ini teringin nak yang terang pulak. Adoii perangai ni ..

Buluh ni ada cap .. rezeki dapat tak de tutup. Rupa2 nyer ada spare part tutupnya dlm simpanan. 

Nak dapat Roses2 dah macam bermimpi di siang hari. Jadilah rezeki setakat ini... 
Syukur Alhamdulillah. 


Tuesday, July 24, 2012

Rezeki 4 Ramadhan ..

Kan ... macam tak percaya sicantik gorgeous ni dah mengaummm di sini. Memang rezeki lepas duka berkecai hari tu. Tak membeli sampai la nampak si jelita ni... konon dah berazam tak mau beli lagi tapi tak kemana nampaknya azam yang satu tu. Syukur Alhamdulillah .. nikmat dunia yang satu ini, cukup menyenangkan .. 

Sunday, June 3, 2012

Indahnya dunia PML ..

Jarangkan dapat sesuatu yg diluar jangkaan. Terutama apabila sesudah mendapat khabar buruk. Itulah indahnya dunia PML .. ada saja seller budiman dimana-mana. 
Kisahnya .. berhajat membeli teko yang lain malangnya ada salah faham yang berlaku maka teko itu terlepas ke tangan orang lain. Anehnya, tak rasa pun seperti nak marah atau kecewa. Berpegang pada rasa ... memang bukan rezeki kita, nak buat macam mana. Selang dua hari en seller berhajat untuk menggantikan dengan teko lain yang pasti akan menepati sesuatu yang Rina suka katanya.. Tepat sekali.. tak perlu lihat apa tekonya pun tak apa kerana Rina cukup percaya padanya. Dan akhirnya .. sicantik ini mengaumm di sini. TQ ... yang ini memang buat hati berbunga ..

Saturday, May 26, 2012

Koleksi juga...

Kegilaan sebelum jumpa PML .. dah dekat 20 tahun mula mengumpul. Sejak kebelakangan ni dah susah nak jumpa bentuk baru yang belum ada. Hari ni sesi memunggah koleksi eraser kami. Dah tak dapat nak keep track sebab tak de directory ..




Tuesday, May 22, 2012

Isu Dalaman

Sampai bila agaknya nak berhenti .. berbual dengan seorang rakan bekas kolektor. Cukup menyentuh hati. Mungkin tak lama lagi .. saya akan turut jejak beliau. Memandangkan isu penempatan dah menjadi isu besar dan gawat maka rasanya saya perlu berbuat sesuatu.

Jumpa Rak ini.. murah aje tp rasanya mampu membantu
Jadi la kan.. tak nak keluar modal punya pasal.

Berpusu-pusu nak bernafas pun susah .. nasib baik teko.
Tak pe .. tunggu ye.