Monday, June 13, 2011

Hatiku terluka lagi...

Hari ni bukanlah hari yang menyenangkan di tempat kerja. Hari yang melelahkan dan memeningkan kepala. Bertambah-tambah tidak menyenangkan bila mendapat kotak yang berbunyi. En abang dah geleng kepala .. tanda ada yang tidak kena.
Betul sekali .. belum buka sudah tahu apa yang jadi pada isi kandungannya.
Bukan barang yang mudah dapat pulak tu .. lihatlah bagaimana berkecainya hati saya saat membuka balutannya.





OP Jade 14" dambaan saya ini tidak selamat sampai ke Melaka. Lama dah saya tak terima nasib sebegini .. sedih di hati ini hanya Allah yang tahu.

Mungkin kerana terlalu mengharap
mungkin juga kerana terlalu asyik
Saya mendapat ujian sebegini
Ini umpama mengulang peristiwa lama...

6 comments:

  1. assalam rina,
    sayangnya op 14" tu pecah, dpt rasakan apa yg rina rasa sbb k rohas pun pernah mengalaminya 1 ketika dulu. Sabar ya dik...ini ujian utk menilai tahap kesabaran kita, mungkin esok lusa ada hikmahnya :)

    ReplyDelete
  2. Sayangnya kak.. mudah2han ada rezeki yg lebih baik buat kak rina..

    ReplyDelete
  3. Kak Rohas..
    Itu la kak.. tak terkata dah..
    memang dah tak de rezki, nak buat macam mana.
    belum ada mood nak cntumkan dia lg :(

    ReplyDelete
  4. Zefa..
    Sedihnya masih terasa. Apakan daya ..

    ReplyDelete
  5. Rina..
    Sedihkan.. beberapa minggu lepas akak lalui pengalaman yg sama.. aladin rose hijau patah muncungnya.. hati yg berbunga2 ms menunggu ketibaannya berkecai mcm kaca tu.. huhu

    ReplyDelete
  6. Kak Salmi,
    Alahai kak ...Aladdin Ros Hijau pulak tu. Lagi susah dpt lagi lebih terkilannya. Sama la macam OP ni. Ada lg tu Rina biarkan kat dlm bungkusannya. Tak de ati nak bg cantum lg.
    Lama ni Rina berenti mmbeli online.. takut tu masih ada.

    ReplyDelete